TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

PENDAHULUAN

Kedudukan ibu bapa di sisi Allah SWT terletak di tempat yang teratas sekali selepas kedudukan Allah SWT dan Rasul-Nya, yang mana anak-anak perlu merasakan diri mereka kecil apabila berhadapan dengan ibu bapa.

Menurut Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed dalam artikelnya yang bertajuk Restu, Doa Ibu Bapa Penting Untuk Dapatkan Redha Allah iaitu Allah SWT menjadikan ibu bapa individu yang menjadi asbab kewujudan setiap manusia di dunia ini. Banyak kebaikan dan bakti yang telah mereka taburkan sehingga tidak terhitung kepada anak-anak termasuklah mendidik dan membesarkan anak-anak hingga dewasa.

Demi kebaikan anak-anak ibu bapa sanggup bersusah payah dan mengorbankan diri sendiri. Oleh sebab itu, Allah SWT memerintahkan setiap hambanya berbuat baik kepada kedua ibu bapa. (Shahridzan, 2019)

Firman Allah SWT: 

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا٢٣ 

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada NYA semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu.”

(Surah al-Isra’, ayat 23)


Dalam buku penulisan huraian ayat-ayat hukum: Berdasarkan Sukatan STPM yang diterbitkan oleh Mohd Asmadi Yakop pada tahun 2020 iaitu tanggungjawab anak-anak kepada kedua ibu bapa tidak hanya terhad semasa mereka hidup di dunia sahaja, malahan ia tidak menghalang seseorang anak untuk terus bertanggungjawab kepada mereka walaupun ibu bapa sudah meninggal dunia. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah melalui sabdanya yang bermaksud: (Yakop, 2020)

Sabda Rasulullah SAW:

عن أَبِي أُسَيْدٍ مَالِكِ بْنِ رَبِيعَةَ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلَمَةَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَبَقِيَ مِنْ بِرِّ أَبَوَيَّ شَيْءٌ أَبَرُّهُمَا بِهِ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِمَا قَالَ نَعَمْ الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا وَالِاسْتِغْفَارُ لَهُمَا وَإِيفَاءٌ بِعُهُودِهِمَا مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِمَا وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا

Maksudnya: “Ketika aku berada di samping Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang dari kaum Ansar dan berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang dapat aku lakukan untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapaku setelah kedua-duanya meninggal?” Baginda bersabda; “Ada empat perkara yang dapat kamu lakukan iaitu mendoakan kedua-duanya, menghormati teman-teman keduanya, dan bersilaturrahim dengan kerabat yang tiada hubungan denganmu kecuali melalui kedua orang tuamu. Itulah perbuatan baik yang dapat kamu lakukan terhadap keduanya setelah mereka meninggal.

[ ( بََب صِلْ مَنْ كَانَ أَبُوكَ يَصِلُ) Ibn Majah, Bab]


Tambahan pula, orang yang bertuah dan beruntung adalah seseorang yang berpeluang untuk bersama atau berbakti kepada kedua ibu bapanya. Hal ini kerana, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa orang yang hina adalah orang yang berpeluang bersama dengan kedua ibu bapanya tetapi peluang yang ada itu tidak membolehkannya untuk masuk syurga. (Mushfique, 2019)

Sabda Rasulullah SAW:

رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ 

Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.”

[Riwayat Muslim (2551)]

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa boleh di bahagikan kepada dua bahagian iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.


SEMASA IBU BAPA MASIH HIDUP

    1.    Tidak Meninggikan Suara Kepada Mereka

Antara tanggungjawab anak kepada ibu bapa ialah bercakap dengan lemah lembut sebagai tanda penghormatan yang sangat tinggi kepada ibu bapa iaitu terdapat didalam surah Al- Isra’ ayat 23 iaitu penggunaan lafaz ‘qaulan kareema’. Seorang anak dilarang untuk meninggikan suara atau bersikap kasar terhadap ibu bapa walaupun terdapat perbuatan mereka bercanggah dengan syariat Islam. Bukan hanya meninggikan suara malah seorang anak yang berkata “ah” kepada kedua ibu bapanya juga telah ditegah dalam syariat. (Muliana, 2016)

Firman Allah SWT: 

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا٢٣ 

Maksudnya: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.”

(Surah Al-Isra’: ayat 23)

    2.     Bantuan Kewangan

Selain itu, anak-anak juga bertanggungjawab terhadap ibu bapa dari segi kewangan, barangan keperluan harian dan menyumbang tenaga. Anak-anak haruslah lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu bapa apabila ibu bapa semakin tua dan uzur. Anak yang soleh sanggup mengorbankan harta benda untuk memastikan kebajikan kedua ibu bapa terjaga dengan baik. Seruan menjaga kebajikan ibu bapa itu adalah bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadis berikut: (Huda, 2020)

Sabda Rasulullah SAW:

إِذا أعْطى الله أحدكُم خيرا فليبدأ بِنَفسِهِ وَأهل بَيته

Maksudnya: “Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.”

[Riwayat Muslim (1822)]

    3.    Bersopan Santun dan Menghormati

Menjadi cabaran kepada anak-anak ketika ibu bapa yang semakin tua kerana banyak perkara yang akan di lalui iaitu seorang anak perlu bertimbang rasa dan mengawal emosi untuk mengelakkan perselisihan faham. Sikap mereka akan mula berubah menjadi lebih sensitif. Sentiasa bersabar dan bermuhasabah diri agar kita sebagai anak akan sentiasa menghormati mereka. (Juhari, 2020)

Sabda Rasulullah SAW:

حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ‏"‏ ‏.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏"‏ 

Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.”

(Riwayat Muslim)


SEMASA IBU BAPA TELAH MENINGGAL DUNIA

Hubungan di antara anak dengan ibu bapa adalah di dunia dan akhirat. Tidak akan terhentinya tanggungjawab anak terhadap ibu bapa dengan kematian salah seorang atau keduanya sekali. Selepas kematian kedua ibu bapa anak masih mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa Islam mementingkan tanggungjawab.


    1.    Langsaikan Hutang-Hutang Mereka Yang Masih Ada

Adalah wajib untuk di langsaikan hutang piutang ibu bapa yang tidak sempat mereka selesaikan sewaktu masih hidup. Anak - anak yang masih ada perlulah mengutamakan pembayran hutan piutang tersebut. Mengapa terlalu penting untuk melangsaikan hutang orang yang telah meninggal dunia?

Sabda Rasulullah SAW:

 الَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم "‏ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ ‏" 

Maksudnya: “Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.”

(Riwayat at-Tirmidzi)

Jelas bahawa, kewajipan seseorang untuk membayar hutang adalah sangat penting dan dituntut oleh agama. Selepas kematiannya, roh mereka yang berhutang akan tergantung. Rohnya tidak sampai untuk mendapat rahmat Allah SWT. Apabila seseorang meninggal dunia, roh akan pergi ke tempat yang di rahmati Allah dan tempat yang tidak diberkati Allah. Oleh itu, atas sebab ini, ia terawang-awang atau "tergantung" sehinggalah keluarganya membayar hutang tersebut. (Juhari, 2020)


    2.    Mendoakan Ibu Bapa

Doa anak soleh kepada ibu bapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus. Ajaran Islam menganjurkan agar anak-anak sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua-dua ibu bapanya. (Mushfique, 2019)

Firman Allah SWT: 

وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا(٢٤)

Maksudnya: "Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah Al-Isra' Ayat 24)

    3.     Menziarahi Sahabat-Sahabat Kepada Kedua Ibubapa

Agama Islam sangat menggalakkan setiap umat Islam untuk mengeratkan silaturahim dengan sesiapa sahaja ianya bukanlah hanya dengan ahli keluarga malah dengan sesiapa pun kita digalakkan untuk melakukan perbuatan yang dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. (Mushfique, 2019) Ini berdasarkan kepada umum nas, daripada Anas bin Malik.

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” 

[Riwayat al-Bukhari (5986)]

PENUTUP

Kesimpulannya, ibu bapa merupakan anugerah yang terindah yang telah di anugerahkan Allah buat setiap insan. Justeru itu, setiap anak berkewajipan untuk menjaga kedua ibu bapa dan memberi khidmat yang terbaik untuk mereka. Ini kerana, Allah SWT akan mempercepatkan balasan kepada orang yang menderhakai kedua ibu bapa di dunia lagi. Rasulullah SAW pernah bersabda:

كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ

Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” 

[Riwayat al-Hakim (7263)]

Semoga Allah SWT menjadikan kita sebagai anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya tidak kiralah sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka.


Rujukan:

Huda, N. A. (2020, April 12). Tanggungjawab Anak Berbakti Untuk Ibu Bapa. Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia, p. 2.

Juhari, N. (2020, Disember 15). 10 Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa. Retrieved from Aku Muslim: https://akumuslim.asia/tanggungjawab-anak-kepada-ibubapa/

Muliana, T. F. (2016). Perlaksanaan Perkhidmatan Anak Terhadap Ibu Bapa Kurang Upaya Penglihatan: Kajian Di Marang, Terengganu. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 126.

Mushfique, M. (2019, Mac 20). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-356: Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa. Mufti Of Federal Territory,Malaysia.

Shahridzan, S. (2019, November 1`). Restu, Doa Ibu Bapa Penting Untuk Dapat Redha Allah. Sinar Harian.

Yakop, M. A. (2020). Huraian Ayat-ayat Hukum: Berdasarkan Sukatan STPM. Kuala Lumpur: Tech Production.

 

3 comments:

Assalamualaikum wbt. Selamat Datang Semua !!! Insha Allah apa yang kami kongsikan ini akan memberikan sedikit sebanyak ilmu kepada pembaca. ...