TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK

PENDAHULUAN

    Kejayaan sesebuah rumahtangga bergantung kepada daya kepimpinan ketua keluarga. Ketua keluarga berperanan penting untuk mendapatkan sebuah keluarga yang diredhai oleh Allah SWT.

        Menurut Al Bayanuni kepimpinan rumah tangga merupakan asas kepada pembinaan sebuah kerajaan kecil, Ia merangkumi empat bidangmiaitu pembahagian masa, tanggungjawab individu, peruntukan tugas dan pengurusan kewangan. Ini kerana pemimpin keluarga yang baik dapat mengeratkan kasih sayang, mengelakkan konflik dengan berkesan, dan menuju ke arah matlamat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. (Al-Bayanuni, 1988)
        
        Oleh itu, kualiti kepimpinan ketua keluarga yang hebat akan membawa kepada keharmonian keluarga. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berkaitan perkara ini iaitu setiap individu muslim diiktiraf sebagai pemimpin dan bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah pimpinannya.

Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Maksudnya: “ Dari Ibnu Umar RA dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda: “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggung jawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggung jawab atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggung jawab atas kepemimpinannya.”

(HR Muslim No: 3408)

        Anak adalah anugerah dari Allah SWT yang sangat bernilai kepada ibu bapa kerana ianya merupakan satu nikmat yang paling berharga yang telah dikurnikan Allah SWT kepada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa telah di amanahkan oleh Allah SWT untuk menjaga dan memelihara anak-anak dengan sebaik mungkin.

Firman Allah SWT: 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ 

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(Surah At-Tahrim ayat 6)

        Kesimpulan daripada ayat tersebut jelaslah bahawa ibubapa bertanggungjawab untuk memelihara dan mendidik ahli keluarga terutamanya anak-anak. Memberikan pendidikan yang sempurna adalah sangat penting bagi menjamin masa depan anak-anak. Hal ini kerana semestinya setiap ibu bapa muslim sangat mengimpikan untuk melahirkan anak yang soleh. Walaupun mereka sudah meninggal dunia anak yang soleh akan menjadi warisan yang bakal memanjangkan amal ibadah mereka. (Juoi, 2013)

Sabda Rasulullah SAW:

 ‏ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ"‏ إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏"‏‏

Maksudnya: “Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh yang mendoakannya.”

(Riwayat Muslim)

        Tambahan pula, anak soleh adalah hasil didikan ibu bapa yang soleh. Mana mungkin pokok yang rosak akarnya menghasilkan buah yang baik dan bermutu. Oleh itu, Islam menegaskan bahawa untuk mengimpikan mendapat anak yang soleh ibu bapa perlu terlebih dahulu menjadi soleh agar ia dapat menjadi ikutan kepada anak-anak. Keluarga yang soleh akan membuahkan kebahagiaan bersama di dunia dan di akhirat. (Juoi, 2013)

Firman Allah SWT

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡهُمۡ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَٰنٍ أَلۡحَقۡنَا بِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَمَآ أَلَتۡنَٰهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَيۡءٖۚ كُلُّ ٱمۡرِيِٕۢ بِمَا كَسَبَ رَهِينٞ 

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam surga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya.”

(Surah At- Tur ayat 21)


TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK

      1.     Menyamakan Perasaan Gembira Terhadap Kelahiran Bayi Dan Perempuan

Ibu bapa dilarang meluahkan kegembiraan yang berlebihan di atas kelahiran bayi lelaki dan bersedih di atas kelahiran bayi dan pcrempuan. Anak-anak merupakan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya dan menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri. Allah SWT akan memberikan nikmat ini kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.  Olch yang demikian, ibu bapa. seharusnya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah ini dengan tidak membezakan di antara bayı lelaki atau perempuan. (Rahman, 2002)

Firman Allah SWT:


لِّلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ يَخۡلُقُ مَا يَشَآءُۚ يَهَبُ لِمَن يَشَآءُ إِنَٰثٗا وَيَهَبُ لِمَن يَشَآءُ ٱلذُّكُورَ 

Maksudnya: Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki.

(Surah Al-Syura Ayat 49)

      2.    Memberi Kasih Sayang

Ibu Bapa haruslah memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada anak-anak mereka. Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan rasa kasih dan sayangnya kepada anak-anak dan menegur sahabatnya yang tidak melakukan demikian. (Idris, 1994)

Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيَعْرِفْ شَرَفَ كَبِيرِنَا

Maksudnya: Daripada ‘Amru Ibn Syu’ayb, daripada ayah dan datuknya telah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: ‘bukankah dari golongan kita orang yang tidak menyayangi anak-anak kecil daridapa kita dan tidak tahu kemuliaa/kelebihan orang-orang yang tua daripada kita.”


3.    Berlaku Adil Terhadap Anak-anak

Ibu bapa hendaklah berlaku adil kepada anak-anak mereka serta menyamaratakan pemberian terhadap mereka. (Adlie, 2020)

Sabda Rasululllah SAW:

عن النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ، يَخْطُبُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ اعْدِلُوا بَيْنَ أَبْنَائِكُمُ اعْدِلُوا

 بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ ‏"

Maksudnya: Diriwayatkan daridapa Nu’man Ibn Basyir Ketika beliau sedang berpidato katanya. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “Berlaku adillah di antara anak-anakmu, berlaku adillah di antara anak-anakmu.

    Dengan cara ini, anak-anak akan terhindar daripada timbulnya perasaan iri hati dan hasad dengki serta merasai hakikat kasih sayang sejak kecil lagi. Seterusnya akan terbinalah jalinan kasih sayang yang erat di kalangan ahli keluarga dan menjamin kebahagian dan kedamaian di dalam keluarga.

    Malahan, jika kita sentiasa berlaku adil kepada anak-anak, kita akan dapat melihat hasil didikan yang baik seperti anak-anak tidak mementingkan diri sendiri, tidak dengki-mendengki, tidak bermusuhan dan sebagainya.


4.    Memberi Nafkah

Ibu bapa wajib untuk memberi nafkah terhadap anak-anak yang berada di bawah tanggungannya mengikut kemampuan masing-masing. Ini adalah tanggungjawab ibu bapa sehingga anaknya meningkat dewasa dan sudah mampu berdikari. Abu Hurayrah R.A meriwayatkan bahawa. (Idris, 1994)

Sabda Rasulullah SAW:

حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ مَا تَرَكَ غِنًى، وَالْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ……..

Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik sedekah itu ialah pemberian secara tidak berlebeihan (yang tidak menyebabkan seseorang itu jatuh miskin setelah melakukan sedekah), dan tangan yang di atas (pemberi) adalah lebih baik dari tangan yang di bawah (penerima). Dan mulakan dengan orang yang menjadi tanggunganmu…”


5.    Mendidik Anak-anak

Islam menggesa setiap ibu bapa haruslah mengambil berat dari aspek pentarbiahan atau pendidikan anak-anak mereka. Ibu bapa juga wajib mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh dan hamba Allah SWT yang bertakwa. Selain itu juga, memelihara ahli keluarga daripada api neraka, dengan menggalakan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Firman Allah SWT:

ٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا……  

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka

(Surah Al-Tahrim Ayat 6)

Ayat itu menjelaskan bahawa ibu bapa perlu mengambil berat hal berkenaan dengan asuhan, bimbingan serta pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.

Justeru itu, keutamaan untuk anak-anak adalah memberikan asas Pendidikan kepada mereka. Ini termasuklah menanamkan akidah serta mengajar mereka berkenaan syariat dalam agama seperti solat di samping membina akhlak peribadi berteraskan akhlak Islam. (Rifin, 2019)

 

PENUTUP

Kesimpulannya, benarlah bahawa Al-Quran telah membuktikan kesolehan ibu bapa akan memberikan manfaat kepada anak-anak mereka. Lihatlah bagaimana Allah SWT menyelamatkan harta anak yatim yang tertanam di bawah rumah yang hampir runtuh dalam kisah pengembaraan Musa dan Khindir. (Juoi, 2013)

Firman Allah SWT:

وَأَمَّا ٱلۡجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَٰمَيۡنِ يَتِيمَيۡنِ فِي ٱلۡمَدِينَةِ وَكَانَ تَحۡتَهُۥ كَنزٞ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَٰلِحٗا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبۡلُغَآ أَشُدَّهُمَا وَيَسۡتَخۡرِجَا كَنزَهُمَا رَحۡمَةٗ مِّن رَّبِّكَۚ وَمَا فَعَلۡتُهُۥ عَنۡ أَمۡرِيۚ ذَٰلِكَ تَأۡوِيلُ مَا لَمۡ تَسۡطِع عَّلَيۡهِ صَبۡرٗ 

Mafhumnya: “Dan adapun dinding rumah itu adalah milik dua anak yatim di kota itu, yang di bawahnya tersimpan harta bagi mereka berdua, dan ayahnya seorang yang saleh. Maka Tuhanmu menghendaki agar keduanya sampai dewasa dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat dari Tuhanmu. Apa yang kuperbuat bukan menurut kemauanku sendiri. Itulah keterangan perbuatan-perbuatan yang engkau tidak sabar terhadapnya.”

(Surah Al-Kahfi ayat 82)

Oleh itu, setiap ibu bapa perlu sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka supaya generasi muda kini sentiasa hidup dalam keadaan tunduk dan patuh kepada pencipta-Nya serta tidak melanggar syariat-syariat yang ditetapkan agar keluarga muslim dapat diwujudkan serta lahirlah masyarakat muslim dan seterusnya terbinanya negara yang mendapat keredhaan dan perlindungan Allah SWT


RUJUKAN:

Adlie, S. (5 Februari, 2020). Menghadiahkan Lot Tanah Kepada Sebahagian Anak Sahaja. Retrieved from Mufti of Federal Territory, Malaysia: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4117-irsyad-al-fatwa-siri-ke-402-menghadiahkan-lot-tanah-kepada-sebahagian-anak-sahaja

Al-Bayanuni, A. I.-D. (1988). Minhaj al-Tarbiyah al-Solihah,Cetakan Ketiga(14). Dar al-Salam: Min Hadyi al-Islami.

Idris, A. G. (1994). Hukum-hukum Perkahwinan dan Kekeluargaan Dalam Islam,Pandangan daripada Pelbagai Mazhab . Kuala Lumpur: Dinie.

Juoi, P. M. (2013). Al-Ustaz Fiqah Keluarga. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

KELUARGA, F. (n.d.). al-Ustaz. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Rahman, R. H. (2002). Pengajaran Tentang Kekeluargaan Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah. Penghayatan Ajaran Al-Quran DalamKhidmat Nasihat Pusat Pembangunan Keluarga Islam,Bandar Baru SentulKuala Lumpur, 68-71.

Rifin, M. R. (26 Mac, 2019). Mendidik Anak Jadi Soleh. Retrieved from My Metro: https://www.hmetro.com.my/addin/2019/03/437753/mendidik-anak-jadi-soleh

 

4 comments:

Assalamualaikum wbt. Selamat Datang Semua !!! Insha Allah apa yang kami kongsikan ini akan memberikan sedikit sebanyak ilmu kepada pembaca. ...